Skip to main content

Lazada Express Lambat dan Lembab

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Lama gila tak posting story berkenaan isu-isu semasa. Isu yang paling panas ialah penghantaran pesanan oleh Lazada Express (LEX) yang selalu dikatakan lambat dan bermasalah.

Pengalaman 3 kali membeli-belah melalui Lazada memberikan pengguna atau pembeli seperti saya untuk bajet setiap pembelian kerana Lazada menawarkan harga barangan yang murah dan berpatutan.

Setelah selesai membuat pembayaran melalui perbankan internet, bermulalah episod duka dan kecewa di atas perkhidmatan penghantaran LEX ini. Bayangkan 3 kali cubaan penghantaran, mereka gagal membuat penghantaran tanpa sebarang alasan. Malah, semasa mereka berjam-jam setelah keluar dari gudang atau stor, pesanan tidak sampai dan beberapa jam kemudian pihak LEX mengatakan pesanan gagal dihantar tanpa sebab dan alasan. Masalahnya lokasi mereka hanya dari Petaling Jaya dan lokasi penghantaran bukannya jauh. Untuk ke Bangsar dari PJ hanya 10-15 minit dengan menunggang motosikal. Peliknya saya membuat pesanan melalui COD, pesanan saya sampai 2-3 hari awal dari tarikh 'deadline'. Mungkin tauke kedai nak duit cepat agaknya.

Hari 'deadline' mereka gagal untuk 'fulfill' tugas mereka dan saya sudah serik untuk membeli barangan menggunakan perbankan internet. Lebih baik gunakan COD sebagai kaedah kepada transaksi pembayaran apabila barang itu sampai dari pihak kurier kepada pembeli. Sekurang-kurangnya tak rugi sebab kita tak bayar lagi walaupun pesanan itu lewat sampai setahun.

Kesimpulannya, berhati-hatilah membeli barangan di atas talian kerana kita tak tahu satu hari kita akan kena tipu oleh penjual. Kalau barang harga RM5-10 boleh pejam mata lagi. Kalau dah sampai ribu-ribu RM, tak pasal-pasal kau orang bercakap sorang-sorang. Nak refund pun ambil masa yang lama dan banyak karenah.

Anyway, terima kasihlah kerana sudi meluangkan masa membaca perkongsian story saya. Semoga ianya bermanfaat kepada kita semua. Kalau anda ada isu atau apa saja untuk dikongsikan, saya amatlah berbesar hati.

Semoga kita berjumpa lagi. Bye..

Comments

Popular posts from this blog

Fingo E-Dagang

❗️4 Step Lepas Upgrade jadi prefered shopper PS❗️ 1⃣ Step pertama, pos macam ni berserta gambar testimoni komisyen Fingo di group-group iklan FB max 10 post setiap hari. Setiap 1 pos selang 1 minit jangan pos serentak nanti fb block —————————— Saya mencari 100 ejen part time @ sepenuh masa. Sistem macam Shoppee, Lazada tapi kita tak perlu jual barang Bonus sehari RM50 - RM500 Boleh ambil setiap minggu BOLEH bantu keluarga belanja harian 🙂 Saya akan bagi link utk daftar bg yg nak..  Berminat jawab NAK 2⃣ Step kedua nanti ada yang berminat dia comment pm dekat post tuan dan pm dia. Atau dia akan pm tuan. Nanti dalam pm tuan bagi ayat ni tukar ke no whatsapp tuan sahaja —————————— Salam/Hi Tuan Tahniah kerana buat pilihan terbaik untuk tambah pendapatan 4-5 angka setiap bulan dengan bisnes Fingo, Tuan WhatsApp saya dulu nanti saya ajar cara untuk daftar bisnes ni. Saya hanya memerlukan 20 orang sahaja lagi untuk pendaftaran kali ini sebab group WhatsApp suppo...
Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Buat julung-julung kalinya saya memuat naik foto 10 tahun lalu sebab nampak agak kacak. Hehe.. Percubaan pertama saya untuk menjadi seorang blogger yang pada saya terlalu amatur dan amat mentah serta kurang pengalaman dalam bidang penulisan. Ini langkah pertama saya untuk memberikan apa saja informasi dan maklumat terkini tempatan dan antarabangsa. Diharap anda semua memberi sokongan kepada saya supaya menjadi seorang penulis yang akan membawa perubahan ke arah masa depan yang lebih baik. Sekian.
Dekat mana sekarang mak kucing ni..? Sampai hati mereka buang kucing ni dengan anak dia sekali. Langsung tiada belas dan kasih terhadap binatang kesayangan Nabi S.A.W.